KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan, semalam.
Yang di-Pertua Negeri , Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M.Jasni diiringi oleh Hajiji, Juliah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut menyantuni gerai-gerai juadah.
Selain jamuan Aidilfitri, majlis itu yang dihadiri oleh warga PDRM dan keluarga mereka turut diserikan dengan persembahan hiburan oleh Kombo PDRM, artis-artis tempatan dan keluarga Istana Negeri.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Speaker DUN, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenamaan lain.