Kerajaan Negeri letak pembangunan modal insan teras hala tuju Sabah – Nizam

TAWAU : Kerajaan Negeri meletakkan pembangunan modal insan antara teras hala tuju Sabah, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata banyak inisiatif khusus kepada anak muda diperkenalkan sama ada dalam bidang pendidikan, sukan, rekreasi, keusahawanan dan lain-lain.

Nizam ketika berucap di majlis tersebut.

“Dalam sektor pendidikan, beberapa inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan khususnya bagi membantu pelajar dalam keluarga B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2023 di Dewan Masyarakat Tawau, semalam.

Ianya melibatkan 22 buah sekolah menengah di Tawau dengan hampir 1,200 orang pelajar.

Nizam bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2023 di Dewan Masyarakat Tawau, semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berkata Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) misalnya, diberikan bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian diperingkat sarjana muda, diploma dan matrikulasi.

Program ini merupakan siri jelajah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri ke beberapa buah daerah di Sabah.