KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat negeri Sabah berlangsung di Padang Merdeka 16 September depan menjadi detik dinantikan seluruh rakyat di negeri ini
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata,
bertemakan ‘Keluarga Malaysia,Teguh Bersama’ sambutan tahun ini pelbagai persembahan serta acara menarik seperti tahun sebelumnya.
Katanya, segala persiapan kini sedang giat dijalankan untuk memastikan kelancaran sekali gus kemeriahan sambutan pada tahun ini.
“Pemilihan tema kali ini menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlida R.M. Jasni dijadualkan menjadi tetamu utama pada majlis yang bakal bermula jam 7 malam itu.
“Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor d serta Jemaah kabinet negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Sambutan ini berkata, konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan akan berakhir pada malam 16 September.