Kelayakan, pengalaman lantikan dalam GLC penting bukan atas dasar penuhi kouta parti politik yang memerintah – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Kelayakan serta pengalaman perlu menjadi keutamaan apabila melantik Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah.

Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata, perkara ini perlu dijadikan kreateria utama dalam sesuatu pelantikkan BOD sekali gus bukan atas dasar suka-suka atau kuota parti politik yang memerintah.

Katanya, mana-mana individu yang dlantik perlu merubah pemikiran mereka terhadap pelantikan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab serta amanah yang besar harus dipikul.

“Saya merupakan orang yang banyak terlibat dengan GLC….Sebelum ini bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini bersama FELCRA Berhad.

“Kita memegang jawatan dalam GLC ini berdasarkan kemampuan melaksanakan tugas selain memastikan dapat menyumbang buah fikiran yang terbaik bagi memajukan GLC tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menyokong kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Bung Moktar Radin berkaitan kebanyakkan GLC di Sabah dalam situasi lemah disebabkan ia tidak diurus tadbir dengan baik.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, jika GLC diurus dengan baik sudah tentu rakyat akan mendapat impak yang tinggi selain memberi keuntungan tinggi kepada GLC itu sendiri.

“Kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah wajar dan tepat, memandangkan beberapa GLC di Sabah seolah-olah tidak bermaya dari segi operasinya dan kewangannya sekali gus tidak memberi keuntungan yang baik kepada kerajaan negeri menurut, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

“Saya melihat ada beberapa GLC di Sabah boleh disatukan bagi mengurangkan beban ditanggung kerajaan negeri dalam mengurangkan liabiliti atau tanggungan hutang yang kian hari bertambah,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, pelaksanaan ini dapat merubah struktur GLC tersebut supaya lebih bertanggungjawab dalam mengurus tadbir serta ‘finance operational’ dapat dipantau dengan lebih berkesan.

“Mana-mana individu dlantik perlu merubah pemikiran kerana pelantikan ini merupakan tanggugjawab serta amanah yang besar perlu dpikul bagi mempastikan dapat menghasilkan buah fikiran yg terbaik bagi memajukan GLC di Sabah.

“Di samping itu rakyat mendapat impak lebih besar dari urus tadbir yang sistemetik jika saranan memastikan pelantikkan Ahli Lembaga Pengarah mengikut merit dan pengalaman,” tegas Jeffrey Nor.