Karnival ‘Jom Masuk IPT’ Zon Sabah 4 dan 5 Jun

KOTA KINBALU – Acara tahunan Jabatan PendidikanTinggi (JPT) KarnivalJom Masuk IPT’ Zon Sabah akandiadakan pada 4 dan 5 Jun, khusus bagi para pelajar lepasanSPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf di negeri ini.

Karnival yang bertempat di Sabah Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu itu akan bermulapada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara objektif utama program ini ialah sebagai Pusat Sehenti(One Stop Centre) kepada orang ramai khususnya para pelajaruntuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), KolejKomuniti, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA).

Karnival itu juga memberi peluang kepada pengunjung untukmengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang pendidikantinggi, akreditasi, tajaan serta pembiayaan pengajian.

Selain itu, ia juga memberi khidmat nasihat berkenaanpemilihan program pengajian yang bersesuaian kepada para pelajar oleh wakil IPT yang turut serta dalam karnival ini.

Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusanpeperiksaan yang terkini semasa hadir ke karnival ini.

Permohonan kemasukan ke IPT bagi sesi 2022/2023 melaluiUPUOnline akan dibuka semula mulai 1 sehingga 28 Jun 2022 untuk lepasan STPM/Setaraf.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya para pelajar lepasanSPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf sertaibu bapa dijemput hadir bagi menjayakan lagi program duahari ini.