TENOM: Enam bulan selepas dilanda banjir besar yang memusnahkan sebahagian besar kemudahannya, tarikan pelancongan popular Kampung Yong kini dibuka semula dengan wajah baharu yang lebih segar, moden dan mesra pengunjung.
Pemiliknya, Datuk Yong Oi Kiong, berkata pelbagai penambahbaikan dilakukan bagi memastikan Kampung Yong kekal sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya Hakka.
Menurutnya, tarikan baharu “Sarang Burung” turut diperkenalkan sebagai simbol kelahiran semula dan semangat baharu selepas bencana.
“Kita menawarkan diskaun khas kepada rombongan sekolah bagi menggalakkan pelancongan pendidikan dan mendekatkan generasi muda dengan sejarah serta budaya masyarakat Hakka di Tenom.
“Kami berharap orang ramai datang berkunjung semula dan rasai keindahan budaya di sini,” katanya kepada Sabah News Today.
Yong berharap pembukaan semula Kampung Yong akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar untuk menikmati keindahan desa,.
“Warisan budaya serta semangat komuniti yang tidak pernah luntur meskipun diuji bencana alam,” jelasnya.
