34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

Kami ahli langsung GRS, tiada isu ‘crossing the floor’

KUALA LUMPUR: Tidak timbul sebarang isu ‘crossing the floor’ apabila empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) duduk di blok kerajaan pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember lalu.

Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata ini kerana beliau bersama tiga lagi Ahli Parlimen gabungan itu bertanding menggunakan tiket GRS.

GRS kini antara gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).

“Saya faham kekecewaan dan kemarahan beliau (Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee) apabila tidak terpilih sebagai calon GRS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Hakikatnya inilah perbezaan status kami dengan beliau pada pilihan raya. Itu juga adalah hak Ronald untuk mengemukakan pendiriannya,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Terdahulu, Ronald yang juga Pengerusi BERSATU Sabah berkata, partinya sudah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan berlaku kekosongan luar jangka membabitkan empat wakil rakyat terbabit GRS itu yang didakwanya ditandingi ahli BERSATU.

Katanya, permohonan sudah dibuat kepada Speaker Dewan Rakyat supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari.

Polemik mengenai status empat Ahli Parlimen itu timbul selepas mereka bertanding pada PRU15 atas tiket GRS, namun pada masa sama menjadi ahli BERSATU dan bertindak menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles