KUALA LUMPUR: Kabinet perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha bebaskan Malaysia daripada ancaman COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.
Ketika mengumumkan barisan Kabinet pentadbirannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata barisan Kabinet yang dibentuk merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.
Empat menteri kanan yang diumumkan Hishammuddin Hussein (Umno), Mohamed Azmin Ali (Bersatu), Radzi Jidin (Bersatu), dan Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak).
Setakat pengumuman hari ini, tiada seorang wakil rakyat dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkembangan ini di sebalik spekulasi seorang pemimpin Bersatu akan dinamakan sebagai timbalannya.
Ismail mengangkat sumpah perdana menteri ke-9 Sabtu lalu.