Jurukur Bahan Ditahan SPRM Terima Suapan Lebih RM200,000

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan reman juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kerana disyaki menerima wang suapan lebih RM200,000.

Suspek dipercayai menerima suapa. daripada beberapa kontraktor serta syarikat sebagai balasan membantu mendapatkan projek ditawarkan Pihak Berkusa Tempatan (PBT),

berkenaan.

Perintah reman selama empat hari sehingga 13 Julai ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 30-an itu telah ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek disyaki telah menerima wang rasuah lebih RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal melalui pelbagai transaksi sebagai habuan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.

“Antaranya melibatkan pembasmian kemiskinan, pembinaan baharu rumah mesra Sabah, pembersihan pusat-pusat pembuangan sampah dan pembekalan alat-alat ganti kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut suspek dipercayai terbabit aktiviti rasuah antara tahun 2021 hingga 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes  disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.