Juadah Keluarga Malaysia di Sutera Harbour Resort sempena bulan ramadan

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jaffry Arifin semalam telah meluangkan masa melancarkan Juadah Keluarga Malaysia di Grand Ballroom Sutera Harbour Resort sempena bulan ramadan

Acara tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sutera Harbour Resort, Gilbert Ee.

Sutera Harbour Resort menerusi satu kenyataan berkata promosi yang bermula pada pukul 6 petang setiap hari turut menyediakan kemudahan surau dengan sejadah dan tempat wuduk serta solat tarawih dipimpin oleh Imam.

Terdapat juga persembahan ghazal istimewa dengan jamuan yang disahkan halal dan tempat letak kereta percuma.

Juadah Keluarga Malaysia ini pada harga RM138 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak (4-11 tahun) dengan promosi memerlukan tempahan awal.

Mereka yang datang dalam kumpulan 10 hanya perlu membayar RM124 untuk dewasa dan RM63 setiap kanak-kanak (4-11 tahun).

Untuk ahli SHMGC dan SPP, dengan menunjukkan kad keahlian semasa ketibaan, mereka juga akan menikmatinya diskaun 20 peratus sementara itu tetamu hotel layak mendapat diskaun 10 peratus.