“Jika Jeffrey Kitingan Jujur pejuangkan suara tempatan, mengapa gagal satukan 19 parti di bawah satu panji,” kata Bung Moktar

KOTA KINABALU : Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan hanya gemar memainkan lagu lama.

Menurutny, retak nadanya dilihat sangat lama tetapi berjiwa besar mendakwa hanya parti tempatan yang mampu membela Sabah. 

“Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 30 September 2024 menunjukkan Sabah kini mempunyai 19 parti tempatan yang berdaftar.

“Jika benar beliau jujur dalam memperjuangkan suara tempatan, mengapa masih gagal menyatukan 19 parti ini di bawah satu panji?,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bung Moktar berkata, sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2006, Jeffrey juga pernah menjadi ahli UMNO pada 2003. 

“Realiti gagasan ‘parti tempatan’ yang dibawa Jeffrey hanyalah topeng kepada survival politik peribadi.

“Agenda sedemikian bukan tentang rakyat, tetapi tentang mengekalkan pengaruh dalam kelompok kecil, walaupun dengan menumpang pentas parti nasional lain yang pernah beliau kecam,” jelasnya.

Menurutnya, bukankah ini bentuk hipokrasi politik yang paling nyata? dan dalam hal ini, Jeffrey Kitingan telah gagal.