PASIR GUDANG: Barisan Nasional (BN) menggunakan berkempen lebih berhemah serta berfakta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata BN cuba mengelak menggunakan pendekatan dengan penyampaian yang tidak digemari pengundi.
Katanya, semua jentera BN haruslah berkempen dengan secara berhemah serta bijaksana manakala maklumat disampaikan mesti tepat dan betul sehingga tidak sekali memfitnah.
“Jentera BN mesti bertindak secara bijaksana dan wajar mempelbagaikan pendekatan serta strategi bagi menghadapi pengundi Johor yang berbeza sikap dan pemikiran.
“Keadaan semasa mencabar dan situasi tidak sama, maka, BN mesti bekerja lebih luar daripada kebiasaan dalam menghadapi PRN pada kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Haji Baharudin Mohd Taib ke pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Pasir Gudang dekat sini semalam.
Hadir sama Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Gudang Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno jentera BN tidak perlu terikut-ikut dengan budaya kempen parti lawan yang lebih banyak menebur fitnah dan melakukan serangan peribadi dimana budaya inilah yang mereka bawa semasa Pilihanraya Umum (PRU-14) sehingga rakyat terpengaruh.
“Selama mereka memerintah selama 22 bulan rakyat berfikir, fitnah yang mereka taburkan hanya senjata untuk meracuni pemikiran rakyat dan manifesto yang dijanjikan gagal dilaksanakan sehingga setuasi politik kucar kacir dan ekonomi negara semakin terjejas,” katanya.
“Kita ingatkan sebagai jentera komunikasi dan penerangan UMNO BN adalah terlebih dahulu memahami latar belakang dan kedudukan serta sikap pengundi,” katanya
Bung yang juga Ketua Umno Sabah mengetuai seramai 400 orang jentera parti dari Sabah membantu berkempen di empat buah DUN Dun Tiram dan Puteri Wangsa di Parlimen Tebrau dan Dun Permas dan Johor Jaya di Parlimen Pasir Gudang.
“Insyallah BN akan digemari pengundi jika maklumat dan kaedah kempen yang disampaikan dengan cara betul.
“Semua ini penting kerana rakyat dan pengundi di PRN Johor menilai BN. Maka jentera parti mesti berkempen kepada keseluruhan rakyat Johor dan tidak hanya kepada ahli parti sahaja. Tanggungjawab besar ialah memastikan pengundi di Johor bersama BN,” katanya
