IJN dijangka perluas program CSR di Sabah

KOTA KINABALU : Institut Jantung Negara (IJN)  memperluaskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di negeri ini.

Pengerusi IJN Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, pihaknya akan membawa saringan kesihatan dan ceramah kesedaran tentang penjagaan kesihatan jantung.

Katanya, ini merupakan usaha berterusan kami untuk memberi maklumat kepada rakyat berkaitan masalah kesihatan jantung.

“IJN juga memulakan fasa pertama pembangunan fasiliti baru di Kuala Lumpur dengan perancangan untuk membuka blok perubatan swasta yang lebih besar di fasa seterusnya.

“Masyarakat di Sabah boleh menjangkakan lebih banyak inisiatif serupa dalam waktu terdekat,” katanya di sini semalam.

Chen berkata, beliau yakin segala perancangan ini, IJN  dapat memberikan lebih banyak akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyat Sabah.

“Ini terutamanya dalam menangani isu-isu kesihatan jantung yang semakin meningkat.

“Kunjungan hari ini juga  memaklumkan aktiviti dan inisiatif IJN, serta isu-isu  berkaitan kesihatan jantung di negeri ini,” jelas Chen.

 Menurutnya, ini juga dijangka  memperkukuhkan kerjasama meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan jantung.