IDS kenalpasti Tongod potensi ternakan burung walit – Masiung

TONGOD: Industri burung walit dikenalpasti mempunyi potensi besar untuk dimajukan di daerah Tongod.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut,  Datuk Masiung Banah berkata, penduduk di daerah itu wajar merebut peluang ekonomi jangka panjang sesuai dengan populasi unggas itu yang banyak terdapat di kawasan berkenaan.

Katanya,  hasil kajian Institut Kajian pembangunan Ekomomi Sabah (IDS) selama enam bulan, daerah itu berpotensi cerah menjadi penyumbang hasil sarang burung walit yang terbesar di Sabah.

”Selain sarang walit, tanaman padi dan durian merah juga mempunyi masa depan yang baik untuk dimajukan di daerah Tongod,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat IDS di Pejabat Daerah Tongod, di sini semalam.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, warga temptan khususnya golongan Bumiputera menceburi bidang tersebut sesuai dengan bentuk muka bumi daerah itu yang berbukit bukau.

Masiung berkata, jika warga Tongod kurang berkemampuan menceburi bidang industri walit dan pertanian, mereka perlu mencari jalan bagi menjalinkan usahasama dengan syarikat tempatan dan luar negara.

”Apa yang penting penduduk perlu keluar daripada belenggu ekonomi, di mana Tongod adalah antara lapan daerah yang masih tersenarai sebagai daerah termiskin di negara ini, ” katanya.

Beliau menasihatkan warga di daerah itu agar tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata melainkan mereka perlu mencari pendekatan membangunkan ekonomi sendiri.

Dalm perkembangan sama, Masiung kemudiannya meninjau tapak Mini Kompleks Sukan Tongod bernilai RM15 juta yang masih dalam proseskan meratakan tanah.

Kompleks yang dilengkapi dengan bangunan arena belia, padang belapan serta pelbagai kemudahan sukan dijadualkan siap pada 2022.