Hujan lebat sejak pagi, banjir kilat di Sandakan

SANDAKAN : Hujan lebat yang berlaku sejak dua jam lepas menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini dinaiki banjir kilat.

Tinjauan mendapati beberapa jalan utama seperti di Jalan Labuk dan Jalan Buli Sim-Sim telah dinaiki air hingga menyebabkan kenderaan terpaksa berhenti di bahu jalan.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas berikutan jalan raya utama terputus.

Penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.