Hakim agih limau mandarin menjelang TBC

LAHAD DATU: Ketua BERSATU Bahagian Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Lahad Datu mengagih-agihkan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Katanya, meskipun berbeza kaum serta budaya masyarakat Lahad Datu masih hidup dalam suasana harmoni sambil hormat diantara satu sama lain.

Hakim bersama masyarakat Tiong Hua dalam program mengagih limau mandarin di Bandar Lahad Datu.

“Menjelang beberapa hari sahaja lagi sambutan perayaan ini akan diraih oleh masyarakat Tionghua. Pada hari ini BERSATU Lahad Datu turun padang menemui peniaga yang meraihkan perayaan ini.

“Secara tidak langsung program ini dapat menemui mereka secara bersemuka berikutan beberapa tahun kita dilanda COVID-19 sekali gus tidak berupaya meraihkan secara beramai-ramai,” katanya.

Abdul Hakim berkata, bagi meneruskan tradisi ini semua masyarakat pelbagai kaum harus mempupuk semangat toleransi yang tinggi sekali gus bersama-sama meraihkan perayaan ini dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Hadir sama Ketua Srikandi BERSATU, Mizma Appehdullah, Ketua Sayap Bersekutu, BERSATU, Thomas Wong serta Timbalan Ketua BERSATU, Abdul Rahim Ghulam Hassan.