Hajiji terima kunjungan Timbalan Menteri KPWKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat berkaitan Program Turun Padangnya bersama ketua-ketua jabatan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Sabah bermula 13 Januari hingga 18 Januari 2022.

Antara daerah yang akan dilawati ialah Kota Belud, Kota Marudu, Beluran,Sugut, Kota Kinabalu dan Labuan. Semalam (Khamis) beliau berada di Tawau.

Hajiji mengalu-alukan lawatan dan Program Turun Padang Siti Zailah dan rombongan KPWKM serta sukarelawan Khidmat Malaysia ke daerah-daerah yang dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Encik Yusry Mohd.Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Strategic) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Puan Rosmahwati Ishak.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr.Zurina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Encik Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Encik Jai’s Asri