TUARAN: Seramai 700 pelajar sekolah rendah di sini menerima bantuan beg serta peralatan sekolah pada Program “Back To School” di sini hari ini.
Sumbangan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor di Dewan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah.
Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan Kebajikan Sabah, Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
Ketika berucap di majlis itu, Hajiji berharap penerima bantuan serta peralatan sekolah itu terdiri daripada golongan kurang mampu terkesan akibat COVID-19 melalui Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
“Dengan bantuan itu, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa pelajar menjelang sesi persekolahan akan dibuka mulai esok.
“Bantuan ini juga selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) antara lain memberi fokus kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat”, katanya.
Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd.Arifin Mohd.