Hajiji sampaikan anugerah Jejak Penggerak USIA kepada Haji Daya Sad

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyampaikan Anugerah Jejak Penggerak Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) kepada Haji Daya Bin Sad, bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya pada Majlis Penutupan Program Ahlan Wa Sahlan 2024 anjuran USIA Tuaran di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Tuaran, malam tadi

Dalam ucapannya Hajiji berkata, kerajaan akan terus menyokong usaha USIA dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuklah dakwah, kemasyarakatan dan program keusahawanan yang akan membantu menyatupadukan masyarakat di negeri ini.

Beliau menyarankan USIA mengajak lebih ramai belia terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah, selain memainkan peranan memberi penerangan dan menonjolkan keindahan, keistimewaan dan kesempurnaan Islam kepada masyarakat bukan Islam.