Hajiji berbuka puasa bersama Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman

TUARAN : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga merupakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa empat Peringkat Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sulaman, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman dan kepimpinan bahagian itu.

Hajiji ketika mempengerusikan masyuarat petang tadi.

Hajiji turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Terdahulu Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di bilik mesyuarat pusat kebudayaan itu.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah persiapan jentera pilihan raya.