KOTA KINABALU: Majlis pelancaran rasmi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan ke Sabtu ini (28 Mei).
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, tarikh pelancaran itu diubah berikutan waktu sesuai untuk mengadakan pelancaran tersebut.
“Kami setuju pada 28 Mei (Sabtu) sekali gus inilah masa yang paling sesuai untuk mengadakannya (pelancaran). Itu sahaja sebabnya,” katanyaz
Beliau berkata demikian menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sawit Kinabalu di sini semalam.
GRS terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan ahli terbaru Sabah United National Organisation (USNO).
GRS akan dilancarkan secara rasmi Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini dan majlis akan bermula