KOTA KINABALU: Pasangan kembar mencuri tumpuanapabila bersama-sama meraikan Majlis Konvokesyen UniversitiMalaysia Sabah (UMS) kali ke-24 pada Sidang 2 yang berlangsung di Dewan Canselor UMS, 10 Disember 2022.
Chan Vinzie dan Chan Vinkie, 24, ialah antara kumpulanpertama mengambil program ijazah Sarjana Muda Pemakanandengan Kepujian yang baharu diperkenalkan di UMS pada tahun2018.
Kedua-dua kembar itu mencatat keputusan membanggakandengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) masing-masing3.24 dan 3.54.
“Pada awalnya kami berdua merupakan pelajar dari program Sains Makanan dan Pemakanan.
“Tapi bila dapat tahu, sekiranya kami berdua ingin menceburibidang pemakanan sebagai pakar pemakanan, kursus tersebuttidak dapat merealisasikan impian kami,” ujar Vinzie.
Justeru, Vinkie berkata, pada tahun 2018 mereka mengambilkeputusan untuk menukar program baharu ini dengan dorongandaripada Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan(FSMP), Prof. Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat.
“Tidak lupa juga, ibu bapa kami yang memberikan sokongantidak terhingga meskipun terpaksa bertukar kursus padapertengahan semester tahun 2018. Mereka juga banyakmembantu dari segi kewangan.
“Kami berdua sangat berterima kasih kepada orang sekelilingyang banyak membantu dan memberi motivasi untukmenamatkan pengajian di UMS,” katanya.
Pasangan kembar kelahiran Perak itu sekarang bekerja secaraseparuh masa sebagai setiausaha di sebuah syarikat di Perak danberhasrat untuk bekerja dan menggunakan pengetahuan merekadalam bidang pemakanan suatu hari nanti.