KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pulih sepenuhnya pada jam 10.06 malam tadi.
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kerosakan teknikal pepasangan disalah satu Pencawang Masuk Utama milik SESB menyebabkan beberapa janakuasa utama terpelantik dan seterusnya mengakibatkan sistem Grid Sabah kehilangan kapasiti 200MW.
Lanjutan daripada itu, pemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 8.00 malam dan siasatan terhadap punca kerosakan masih dilakukan.
SESB memohon maaf atas segala kesulitan dialami pengguna semasa gangguan bekalan elektrik dan sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline di 15454.