31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut di Kudat 18 Mei ini

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan di Kudat pada 18 Mei ini.

Komandernya DCP Hamzah Ahmad berkata operasi itu dilaksanakan sebagai langkah awal menangani pembinaan struktur haram di laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang dikhuatiri berpotensi dieksploitasi penjenayah rentas sempadan menjadi ‘staging point’ untuk jenayah penculikan, rompakan dan penyeludupan.

“Hasil tinjauan pasukan keselamatan menerusi aset udara serta pemeriksaan di lapangan,  mendapati kewujudan banyak pondohan haram di perairan berkenaan.

“Operasi Gasak ini akan merobohkan sejumlah pondohan yang tidak berpenghuni selain diberikan notis pengosongan kerana bimbang menimbulkan ancaman kepada keselamatan masyarakat serta negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan mengeluarkan notis di bawah peruntukan Seksyen 48(1)(j) Enakmen Taman Taman Sabah 1984 pindahan 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963 termasuk undang-undang lain sewaktu operasi itu dilaksanakan.

Sementara itu katanya ESSCom pada bila-bila masa akan menggempur pondohan serta bagang yang dibina secara haram di sepanjang perairan ESSZone.

Mana-mana individu atau kumpulan diingatkan segera merobohkan pondohan atau bagang haram berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Hamzah juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pembinaan struktur haram di laut supaya melaporkan kepada Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp 011-63311072.

— BERNAMA

 

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles