Duta Perancis mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bertemu dengan Duta Besar Perancis ke Malaysia Axel Cruau di Sri Gaya di sini hari ini.

Delegasi Perancis bertemu dengan Ketua Menteri untuk memberi taklimat kepadanya mengenai kehadiran kapal tentera Perancis yang sedang berlabuh di Sepanggar serta memberi maklumat terkini mengenai perkembangan Club Med, sebuah hotel peranginan yang sedang dalam pembinaan di Kuala Penyu.

Mengiringi Cruau ialah Timbalan Kaunselor Ekonomi Beatrice Di Piazza, Konsul Kehormat Perancis di Sabah Laurence Leizerovici dan Pengurus Besar Club Med Malaysia dan Singapura Oliver Monceau.