SANDAKAN : Dua anggota agensi penguatkuasa ditahan kerana disyaki meminta wang suapan berjumlah RM5,000 agar tidak mengambil tindakan terhadap pengadu yang melakukan kesalahan lalulintas dalam satu operasi sekatan jalanraya pagi tadi.
Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan kedua-dua anggota penguatkuasa disyaki meminta wang suapan daripada pengadu supaya pengadu tidak dikenakan tindakan.
“Suapan tersebut membolehkan pengadu tidak dikenakan saman atas sebab tidak mempunyai lesen memandu.
“Ini termasuk memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Selain daripada dokumen pengenalan diri milik pengadu dirampas, telefon bimbit pengadu diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pengadu kemudiannya bertindak menghubungi pihak SPRM dan tindakan susulan diambil terhadap kedua- dua anggota agensi penguatkuasa tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.