LAHAD DATU: Dua maut, manakala empat lagi parah selepas kereta mereka naiki terbabas masuk ke lorong bertentang di Kilometer 61 Jalan Lahad Datu – Tungku di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dikenali Asina Majakal berumur 46, bersama seorang kanak-kanak lelaki Ahmad Fiqri Hazem, 11 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Katanya, empat lagi empat lagi penumpang dipercayai mengalami kecederaan parah di hantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Siasatan awal pihak
polis mendapati kemalangan ini dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu terbabit sehingga menyebabkan kemalangan maut.
“Mangsa disahkan tidak dipengarui dadah atau alkohol. Meskipun begitu sampel darah pemandu akan dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu sekali gus akan diketahui keputusannya dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.
ACP Rohan berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita minta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 sambungan 414 bagi membantu siasatan.