Dua Dewan Perniagaan Tionghua sokong kerajaan Madani

LABUAN : Dewan Perniagaan Tionghua Labuan bersama Dewan Perniagaan Tionghua Sabah komited terus menyokong usaha kerajaan Madani dalam meningkatkan merangsang ekonomi khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah dan Labuan, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt berkata, Dewan Perniagaan Tionghua Sabah sentiasa prihatin mengenai permasalahan yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini kerana Dewan Perniagaan Tionghua Labuan sentiasa bekerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan dalam menangani pelbagai isu khususnya yang berkaitan dengan ekonomi” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa baharu Dewan Perniagaan Tionghua Labuan  sesi 2024-2027 di sini, baru baru ini.

Pada sesi pemilihan jawatankuasa yang baharu itu, Datuk Wong Kii Yii kekal dipilih sebagai Presiden Persatuan itu.

Manakala Timbalan Presiden di sandang Datuk Robert Siah, empat Naib Presiden terdiri daripada Cheng Cho Chung, Joseph Wong Min Chong, Yew Thuan Keong dan Teo Chee Wang.

Manakala Hii Lu Hin dan Edward Kong Chan Sin masing masing dilantik sebagai Setiausaha dan Bendahari.