LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaleha Mustafa melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang di perkarangan Taman Damai, Layang-Layangan dekat sini, hari ini.
Hadir sama,, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Wilayah Persekutuan Ramlee Yatim serta Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Pada majlis itu, Dr Zaleha menyampaikan bendera kepada pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Sebagai tanda simbolik Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, Dr Zaleha melepaskan 100 motosikal berkuasa besar yang berkonvoi untuk mengagihkan bendera Wilayah Persekutuan kepada komuniti masing masing di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Sementara itu, menurut kenyataan daripada Perbadanan Labuan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bakal disambut pada 1 Febuari ini, sebanyak 5,000 bendera Wilayah Persekutuan akan berkibar merangkumi jalan-jalan utama, premis premis perniagaan, bangunan kerajaan dan juga kawasan perumahan.
Kempen dan pemasangan Bendera Wilayah Persekutuan bertujuan untuk meningkatkan kecintaan dan rasa sayang serta ‘Sense Of Belonging’ kepada Wilayah Persekutuan dalam kalangan warganya.