KUALA PENYU : Desakan beberapa pihak yang menuntut agar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk memperkasakan parti bagi menghadapai cabaran akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata,
ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpin dan keseluruhan anggota parti perlu terus sepakat dan fokus kepada hala tuju untuk memperkukuh parti selepas berhadapan kemerosotan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.
“Adalah menjadi tugas ahli dan pemimpin parti untuk memikul bersama tanggungjawab untuk memulihkan kekuatan parti atas semangat “ Bersatu. Bersetia. Berkhidmat demi agama bangsa dan negara dengan menolak spekulasi, manipulasi dan persepsi berkaitan kepimpinan UMNO ketika ini yang lebih banyak disuarakan oleh mereka yang bukanya di dalam parti.
“Kita tidak boleh terikut-ikut budaya ini, sebaliknya kita perlu bersama, bersatu mempertahankan institusi parti dan presiden agar tidak ada pihak yang cuba memperlekah-lekahkan perjuangan UMNO parti keramat yang banyak berjasa kepada bangsa agama dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Ak Mohd Yazri desakan melepaskan jawatan pada saat parti belum stabil akibat tewas dalam PRU lalu tidak membantu memperkukuhkan kesatuan sebaliknya melemahkan lagi UMNO.
“Pada ketika ini bukan masanya untuk menukar kepimpinan, malah perlu diperkukuhkan sokongan kepada kepimpinan dan parti dan dalam keadaan sekarang ada pihak ketiga yang mengambil peluang atas kemelut yang melanda UMNO yang perlu difahami oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi” katanya
Sehubungan dengan itu Ak Mohd Yazkri berkata Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort akan terus mempertahankan institusi Presiden dan parti kerana yakin segala ujian dan cabaran yang dihadapi oleh UMNO ketika ini akan dapat diselesaikan.
Katanya jika ahli dan kepimpinan parti dapat bersatu padu dalam satu pasukan dan berpolitik menggunakan akal sihat, bukannya dengan sentimen dan emosi semata-mata.
Ak Mohd Yazri berkata ahli serta kepimpinan UMNO perlu melihat semula ketika Ahmad Zahid mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 2018 ketika parti dalam keadaan kalah teruk pelbagai cabaran ditempuhi namun beliau terus mempertaruhkan dirinya demi rasa sayangnya kepada parti.
“Seharusnya perjuangan dan pengorbanan beliau (Ahmad Zahd) perlu kita hargai ketika ada usaha dari pelbagai pihak untuk menguburkan UMNO namun beiau terus gigih mengemudi UMNO sehingga kini,” katanya
Menurut Ak Mohd Yazri lagi banyak faktor perlu diambil kira atas kemerosotan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dalam PRN baru-baru ini antara propaganda, fitnah dan politik perkauman yang dibawah oleh Perikatan Nasional telah meracuni pemikiran rakyat untuk tidak menyokong UMNO/BN.
Sehubungan dengan itu AK. Mohd Yazri berkata jentera parti di peringkat cawangan dan bahagian perlu diperkukuhkan, tohmahan, propaganda serta fitnah yang ditaburkan oleh parti lawan perlu ditangani agar tidak terus menjadi virus yang akan merosakkan pemikiran ahli dan rakyat .