Cressentia Paul, pelajar UNIMAS pertama Sabah diberi SULUNG 2.0

PAPAR: Cressentia Paul,  pelajar baharu Sabah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi penerima pertama  program SULUNG 2.0 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal menyerahkan surat tawaran program SULUNG 2.0 kepada Cressentia di Kampung Limbahau di sini hari ini.

Mohammad Yusof bersama Cressentia Paul, pelajar UNIMAS, penerima pertama Program SULUNG 2.0 di Sabah.

Dibawah program itu, Cressentia diberikan pengecualian yuran universiti berjumlah RM6,774 sepanjang lapan semester melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan.

Menurut Mohammad Yusof, pelajar ini juga akan menerima sumbangan kotak makanan berbentuk keperluan harian.

Mohammad Yusof bersama Cressentia Paul, pelajar UNIMAS, penerima pertama Program SULUNG 2.0 di Sabah.

“Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) merupakan agensi KPT memberikan sumbangan tunai RM500 bagi pembelian barang keperluan memasuki mendaftar masuk pada 30 September ini.

“Program SULUNG 2.0 merupakan inisiatif KPT menyumbang kepada pembangunan modal insan sambil menyokong transformasi sosial meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga B40 ke satu tahap keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Mohammad Yusof bersama Cressentia Paul, pelajar UNIMAS, penerima pertama Program SULUNG 2.0 di Sabah.

Mohammad Yusof berkata, program dilaksanakan bermula Sesi Akademik 2022-2023 melibatkan pembiayaan penuh kewangan kepada 75 pelajar dalam enam bidang kompetitif daripada lapan universiti di negara ini.

Beliau berkata mengambil kira pertimbangan kemampanan kewangan jangka masa panjang kepada pelajar di 20 Universiti, KPT menambah baik Sesi Akademik 2023/2024 hanya pengecualian yuran universiti diberikan kepada pelajar yang terpilih.