KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah antara 222 orang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.
Bung Moktar mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, yang baharu dilantik semalam.
Majlis itu diketuai Perdana Menteri merupakan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya Datuk Seri Fadillah Yusof disusuli oleh Ahli Parlimen yang lain.
Mengikut rekod Bung Moktar merupakan Timbalan Ketua Menteri sudah lima panggal menjadi Ahli Parlimen Kinababatangan bermula tahun 1999.