KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) Sabah sedang merangka manifesto dan aku janji baharu bagi mendepani Pilihan Raya negeri ke-17 (PRN17).
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, beliau telah menerima saranan daripada barisan tertinggi BN dan UMNO agar disediakan satu tawaran baharu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada BN bagi menghadapi PRN17 akan datang.
“Atas sebab itu saya meminta satu pasukan yang diketuai Setiausaha BN Sabah Datuk Jafray Arifin bersama jawatankuasanya terdiri dari beberapa pemimpin Umno dan kompenan BN Sabah duduk semeja, berbincang dan merangka manifesto yang padat, jelas dan mampu ditunaikan kelak.
“Fokus kami memperbaiki negeri dari segi keperluan pembangunan insfrastruktur asas yang masih kritikal, memperkasakan ekonomi selain mahu memulihkan kadar pengangguran pada tahap yang rendahl.
“Juga tawaran kepada pengundi muda yang akan mempengaruhi pola pengundian pada PRN kali ini,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi BN Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini, pada sabtu lepas.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha BN Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari BN Sabah Datuk Seri Panglima Sallleh serta ketua dan wakil ketua kompnen BN Sabah dari MIC, MCA dan PBRS
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Bung Moktar yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah memberi jaminan manifesto parti itu adalah aku janji yang mampu dilaksanakan bukannya “Janji Bulan Bintang” atau satu gagasan besar sebagaimana yang dijanjikan oleh parti lain yang akhirnya gagal ditunaikan dan rakyat terus menagih janji.
“Manisfesto BN Sabah dikeluarkan mengikut kepuayaan BN menunaikanya, ianya bukan janji bulan dan bintang, kita tidak menjanjikan manifesto atau satu gagasan besar yang akhirnya tidak mampu ditunaikan,” katanya
Menurut beliau, manifesto ini perlu disiapkan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan PRN17 akan diadakan lebih awal dari tempoh yang sebenarnya.
Katanya, sejarah pernah berlaku pilihanraya di negeri ini diadakan lebih awal dari tempoh sebenarnya justeru BN kena bersedia awal.
Dalam acara berasingan Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengadakan mesyuarat Perhubungan UMNO Sabah dan seterusnya menyerahkan watikah pelantikan kepada 25 orang pengerusi penyelaras BN di setaip kawasan Parlimen
Menurut beliau pelantikan tersebut bertujuan menyelaras BN di setiap kawasan Parlimen dimana pengerusi penyelaras dapat memanggil ketua parti masing-masing duduk berbincang merangka strategi membincang hala tuju dan menyusun jentera yang rapi dalam berhadapan dengan pilihan raya.
