KOTA KINABALU: Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai, menasihati masyarakat agar mendapatkan maklumat hanya daripada sumber berita sahih dan berdaftar, seperti BERNAMA dan RTM, untuk mengelakkan penyebaran berita palsu, fitnah dan propaganda politik.
Beliau menegaskan bahawa dalam era maklumat yang bercampur-aduk, agensi berita kerajaan bertanggungjawab memastikan penyampaian berita tepat dan tidak mengelirukan.
“BERNAMA komited untuk memperkukuh liputan berita di Sabah. Ini terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan isu-isu semasa. Sabah dilihat sebagai negeri strategik.
“Jesteru pelbagai langkah penambahbaikan akan dilaksanakan demi memastikan rakyat menerima maklumat yang cepat, tepat dan boleh dipercayai,” katanya di sini hari ini.
