24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Beberapa kawasan di Sabah hadapi gangguan bekalan elektrik

KOTA KINABALU (Bernama): Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat di beberapa kawasan di negeri ini yang menghadapi gangguan bekalan elektrik sejak petang tadi.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan terima kasih atas kesabaran semua pengguna yang terlibat,” menurut SESB dalam satu kenyataan hari ini.

SESB akan menyalurkan maklumat penuh mengenai keadaan semasa setelah kerja-kerja memulihkan bekalan elektrik itu selesai.

Sementara itu, tinjauan Bernama di laman sosial dan beberapa kawasan negeri ini mendapati gangguan bekalan elektrik itu terjadi di beberapa kawasan antaranya daerah Kota Kinabalu, Kota Marudu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Kota Belud dan Beaufort.

Gangguan bekalan elektrik itu mula dikesan sekitar petang tadi dan bekalan elektrik telah mula pulih secara berperingkat di kawasan terlibat malam ini.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles