KOTA KINABALU: Australia mahu mengeratkan lagi hubungan dengan Sabah dalam era pasca pandemik.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee memberikan jaminan itu, ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Isnin.

Dalam kunjungan itu antara isu dibincangkan termasuk berkaitan pelancongan serta hubungan ekonomi dua hala.
Justin menghargai nilai hubungan baik diantara Sabah dan Australia yang sudah terjalin sejak sekian lama.
Beliau berharap hubungan erat itu akan berterusan dalam pelbagai bidang di masa depan.
