LABUAN: Al Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umatnya.
Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan berkata, ia sekali gus merupakan panduan serta petunjuk yang lengkap kepada tiap Muslim.
Katanya, membaca dan mentadabburnya diganjari pahala oleh Allah SWT serta kebiasaannya, dalam pengisian bulan Ramadhan, amalan tadarus menjadi pilihan.
“Pada asasnya tadarus al-Quran bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat menyemak bacaan itu daripada sebarang kesilapan.
“Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Ia berdasarkan amalan tadarus Rasulullah SAW dengan malaikat Jibril sendiri,” katanya.
Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selain solat tarawih, bertadarus atau membaca al-Quran merupakan ibadah yang sinonim bagi umat Islam di sepanjang Ramadan.
“Bulan yang mulia ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengkhatamkan bacaan 30 juzuk, di samping mentadabbur setiap inci isi kandungan dan pengajaran daripada surah-surah di dalam al-Quran.
“Al-Quran al-Karim merupakan kitab suci yang mengandungi segala ilmu dan petunjuk yang dapat menjadi pembimbing kepada setiap insan ke jalan yang benar. Maka, tidak hairanlah sekiranya dalam setiap diri umat Islam meletakkan al-Quran sebagai dasar dan matlamat utama bagi tujuan hidupnya.” katanya.
Malah menurut Mohd Radi melalui al-Quran, umat islam dapat meraih pelbagai faedah serta hikmah daripada kemukjizatan ayat-ayat di dalamnya. Ini termasuklah teras ilmu dan nilai ketakwaan, keadilan, menjaga hubungan sesama insan, bahkan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuh tumbuhan.
Begitulah sifat al-Quran iaitu kalamullah yang mulia menjadi panduan dan petunjuk sepanjang zaman.
Mohd Rafi turut memuji usaha yang dilakukan oleh Wanita UMNO Labuan dan jawatankuasa Kerjasama Masjid Al-Munawar di kampung Pohon Batu yang menganjurkan program terseut dimana menurut beliau kolabarasi tersebut berhasil mengwujudkan Kerjasama antara kepimpinan UMNO Labuan dan masyarakat luar.
“Saya mahu program ini diteruskan pada masa akan datang dan dipelbagai program keagamaan bukan setakat bulan ramadahan tapi pada masa-masa yang sesuai perlu dilaksanakan bagi mengembangkan lagi syiar islam di Labuan,” katanya.