KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terhadap dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditawarkan wang ringgit untuk bertukar parti.
Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakung berkata, pihak agensi integriti perlu melaksanakan tugas mereka secepat mungkin sekali gus menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya terbukti wujud kegiatan menyogok wakil rakyat untuk beralih sokongan.
“Politik di Sabah sekarang kelihatan sudah tidak bermaruah.. Rasuah jawatan serta wang ringgit sudah menjadi perkara biasa sekali gus semakin berleluasa.
“Ada Agensi Intergriti dan SPRM pun gagal berfungsi. Akhirnya sistem perundangan demokrasi hanya tinggal atas nama.. Siapa susah. ??? Rakyat ..Siapa di salahkan dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jaujan merupakan ADUN Sulabayan berkata, sudah pasti rakyat akan dijadikan alasan apabila ada kalangan wakil rakyat meninggalkan mereka.
“Rakyat yang memilih mereka waktu hari ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. Akhirnya apa yang akan berlaku.. Mari kita fikirkan bersama,” katanya.