66 KIR terkesan banjir terima bantuan ihsan

BEAUFORT: Kerajaan Negeri terus komited memberikan bantuan ihsan berjumlah RM500 kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ruslan Muharam berkata, ini adalah usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor untuk terus membantu rakyat.

“Bagi mewakili penduduk kampung terjejas banjir kami sangat berterima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Bantuan ihsan tersebut disampaikan oleh Ruslan di bilik mesyuarat ADUN Lumadan, di sini semalam.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berharap agar bantuan wang ihsan seumpama ini akan dapat meringankan beban KIR yang kehilangan pendapatan.

Katanya sebanyak 66 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada sembillan kampung menerima sumbangan berkenaan.

Antara kampung terjejas termasuk Kg. Suasa; Bangkalalak; Brumbai; Mintulud; Luahan Sanginan dan Kg. Lumantai.

Selaian itu Kampung Bukau; Batu 6 1/2 serta Jaya Baru Lumadan juga menerima bantuan sama.

Ruslan berkata semua penduduk kampung dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Mereka yang dipindahkan ke PPS ini berikutan kediaman mereka tidak selamat semasa banjir manakala ada juga diantara mereka mempunyai penyakit kronik,” katanya.