28 daerah sertai Sukan Sabah (SAGA) yang tawarkan 182 pingat emas bagi 103 acara

KOTA KINABALU: Temasya Sukan Sabah (SAGA) Edisi ke-10 secara rasmi telah membuka tirainya bermula Sabtu lepas dan akan berlangsung sehingga Jumaat ini.

Kejohanan yang diadakan selama seminggu itu akan melihat pasukan atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri bersaing untuk merangkul 182 pingat emas bagi 103 acara.

Hajiji Noor dalam ucapan perasmian di UMS

Antara acara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan pada kali ini ialah hoki, badminton, berbasikal, boling padang, tinju, memanah, silat, petanque, dan sepak takraw.

Dalam pada itu, majlis perasmiannya yang diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu lepas.

Lafas Ikrar daripada peserta sukan Saga.

Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Untuk rekod, daerah Kota Kinabalu menjadi tuan rumah rasmi bagi kejohanan SAGA X pada kali ini.

Aksi tinju dalam sukan Saga.

Dalam pada itu, beberapa acara sukan yang dipertandingkan akan turut berlangsung di lima daerah lain seperti Penampang, Putatan, Ranau, Tuaran dan Keningau.

Setakat hari ini (18 Disember), Sandakan terus berada di tangga teratas dengan pungutan 13 pingat, diikuti Kota Kinabalu (10 pingat) dan Tawau (5 pingat).