27 Ketua Kampung di Labuan terima watikah pelantikan

LABUAN: Selepas setahun menanti pelantikan Ketua Kampung yang  kini dikenali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) akhirnya terjawap apabila kesemua 27 Ketua Kampung  yang  dilantik menerima watikah di sini, semalam.

Penyampaian watikah Ketua Kampung untuk tempoh tiga tahun (2023-2025) telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Hadir sama menyaksikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail bersama dua timbalannya Ibrahim Tambi (Pembangunan) dan Fadzilah Mahmud (Perbandaran).

Sementara itu, pelantikan kali ini menyaksikan 10   muka baharu melibatkan Kampung Rozlan Ibrahim (Kerupang/Nagalang),  Asmadi Ahmad (Belukut), Zulkifli Malik (Bukit Kuda), Haris Sulaiman (Durian Tunjong),   Mohd Alif Akhbar (Lubok Temiang), Ramdan Abidin (Pantai), Elmy Omar (Pataui Patau 2),  Anuar Matsum (Sungai Labu),  Goh Siew Ling (Sungai Keling) dan Fatimah Ahmad @ Ambak (Patau Patau 1).

Manakala 13 merupakan Ketua Kampung yang dikekalkan perkhidmatannya mereka ialah, Kamal Ariffin Khalidin (Bebuloh), Suhaimi Kula (Bukit Kalam), Abdul Hassan Ghani (Ganggarak), Haryadi Omar (Pohon Batu),  Rosman Hussien (Rancha-Rancha), Adnan Ahad (Sungai Buton),  Jali Mumin (Sungai Lada), Osman Dullah (Sungai Bangat),  Rosmani Puteh (Sungai Bedaun), Harun Damit (Tanjung Aru), Mahmud Asad (Sungai Miri),  Hasan Haji Kapal (Kilan) dan Osman Kadir ( Gersik/Saguking).

Sementara itu, empat lagi merupakan muka lama yang kembali mengisi jawatan tersebut mereka masing-masing, Mohamad Jakob (Lajau), Faizal Lakat (Layang-Layangan), Ismail Samad (Batu Manikar) dan  Jainudin Pati (Batu Arang).