JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas tempoh penamaan calon ditutup 10 pagi tadi.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi dua parti yang bertanding di semua 56 kerusi DUN.
Memetik laporan FMT sebanyak 10 parti dan 16 calon Bebas disahkan bertanding, membabitkan 202 calon lelaki dan 37 wanita.
BERITA LANJUT MENYUSUL