22 badan Sukan  terima Bantuan MADANI  berjumlah  RM56,000

LABUAN : Sebanyak 22 badan Sukan menerima Bantuan MADANI  menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan membabitkan peruntukan berjumlah RM56,000.

Majlis Penyampaian Bantuan itu disempurnakan, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Dr Zaliha Mustafa.

Pengerusi Badan Sukan Wilayah Persekutuan Lbuan yang menerima Bantuan MADANI bergambar kenangan bersama Noridah (tengah).

Ketika berucap di majlis tersebut, Noridah berkata, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan Anugerah  Penerafan Bintang Badan Sukan Wilayah Persekutuan bermula tahun deoan.

“Penerafan ini akan menjadi penanda aras penilaian bagi memastikan badan Sukan di Wilayah Persekutuan mengamalkan tadbir urus yang cekap, sistematik dan berintegrati selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997,” katanya.

Dalam waktu yang sama Noridah turut menyeru agar dana yang diterima digunakan secara optimum bagi memastikan pembangunan sukan akan terus berkembang maju di Wilayah Persekutuan.

Turut diadakan penyampaian watikah pelantikan Ahli Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang baharu masing masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Nasir Ali dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.